PEMERGIAN anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim, 24, ke rahmatullah semalam begitu meruntun jiwa semua. Dari segenap peringkat, baik raja, Perdana Menteri, pemimpin masyarakat hinggalah orang biasa, luahan hati mendoakan kesejahteraan arwah di alam baqa seolah-olah Muhammad Adib begitu dekat dan dikenali mereka. Di sebalik kematian tragis Muhammad Adib, Awang amat berharap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dapat menambahbaik lagi Prosedur Operasi Standard (SOP) jabatan itu. Insiden-insiden yang memerlukan…










