BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 17 DISEMBER 2018 - Utusan Malaysia

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT – 17 DISEMBER 2018

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Awang tabik kepada UMNO Perak dan UMNO Bahagian Johor Bahru yang menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada presiden parti, Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi ketika terdapat pemimpin yang belot mahu beliau meletakkan jawatan.

Sebenarnya, Awang tidak faham apa mainan politik mereka. Kalau mereka pejuang sejati dan sayangkan UMNO, mereka tidak akan bertindak mengkhianati parti tersebut. Tidak perlulah beri alasan, kalau mahu keluar,keluar sahaja dan mereka tidak berhak lagi bercakap soal parti keramat orang Melayu itu.

Awang yakin ahli-ahli akar umbi tetap menyokong kepemimpinan Ahmad Zahid kerana beliau dipilih secara sah dalam pemilihan dan bukannya meraih kedudukan melalui pintu belakang seperti mana mahu dilakukan oleh ahli-ahli Parlimen yang meninggalkan UMNO.

Sebagai pemimpin yang bertanggungjawab Ahmad Zahid sudah pasti tidak akan meninggalkan parti apatah lagi tunduk kepada kehendak nafsu politik mana-mana pemimpin, sebaliknya beliau akan terus berjuang untuk menjadikan UMNO sebagai parti pembangkang berwibawa.

Oleh itu Awang nasihatkan kepada pemimpin yang meninggalkan saf perjuangan UMNO, berhentilah membuat desakan, ugutan atau tekanan. Biarlah pemimpin dan ahli UMNO menguruskan parti tersebut.

Biar apa-pun berlaku UMNO tidak boleh terkubur atau dimusnahkan oleh mana-mana juga individu terutamanya mereka yang sudah terhakis semangat perjuangan parti berkenaan. Awang yakin seperti mana kata Ahmad Zahid, ini adalah kemelut sementara. Ia akan reda tidak lama lagi.

Oleh itu ahli UMNO perlu terus istiqamah menyokong kepemimpinan parti dan tidak termakan dengan hasutan yang boleh menghancurkan UMNO.

Awang – Teringat kisah si kitol

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN