Bekalan sayur, buah-buahan mencukupi - Utusan Malaysia

Bekalan sayur, buah-buahan mencukupi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 17 Dis. – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menjamin bekalan sayur dan buah-buahan mencukupi walaupun terdapat kemungkinan berlakunya risiko banjir.

Pengerusinya, Ishak Ismail berkata, pihaknya telah mengambil langkah persediaan bagi mengelakkan berlakunya kekurangan bahan berkenaan.

“Kita yakin bekalan sayur dan lain-lain mencukupi untuk menghadapi musim banjir yang mungkin berlaku.

“Kita jangka bencana itu berlaku pada penghujung November dan awal Disember, namun syukurlah tidak berlaku dan diharapkan situasi itu kekal sehingga tahun depan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan majlis memorandum persefahaman (MoU) jual beli produk Roselle bersama-sama usahawan FAMA di sini, sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN