PARIS 5 Dis. – Bidang perubatan dunia mencatatkan sejarah apabila seorang wanita yang menerima rahim menerusi pembedahan pemindahan daripada penderma yang sudah meninggal dunia berjaya melahirkan anak, kata penyelidik hari ini.
Menurut kajian yang diterbitkan dalam jurnal perubatan Lancet, prosedur pemindahan raham itu dilakukan di Barzil dua tahun lalu, sekali gus memberi harapan kepada ribuan wanita yang sukar hamil kerana masalah rahim untuk mempunyai anak sendiri.
Kajian itu juga menyebut bahawa bayi pertama yang dilahirkan menerusi pemindahan rahim itu adalah perempuan di sebuah hospital di Sao Paolo pada September 2016. – AFP










