MANCHESTER – Manchester United perlu membayar pampasan sebanyak £24 juta (RM126.5 juta) kepada Jose Mourinho sekiranya mereka memutuskan untuk memecat pengendali dari Portugal itu. Mourinho, 55, mula berdepan tekanan hebat susulan prestasi kurang memberangsangkan bersama United sejak kebelakangan ini, termasuk kekalahan memalukan 1-3 kepada Liverpool pada aksi Liga Perdana England (EPL) kelmarin. Kekalahan itu menyaksikan The Red Devils kini menghuni tangga keenam liga dan ketinggalan 11 mata di belakang kedudukan…










