NAYPYITAW, Myanmar – Kontinjen Malaysia mampu meraih lebih banyak pungutan pingat emas sekiranya mendapat peluang membawa atlet-atlet terbaik negara ke temasya Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2018 yang melabuhkan tirainya kelmarin. Walaupun tidak dibarisi ramai atlet-atlet terbaik, namun kontinjen Malaysia tetap berupaya mencapai prestasi cemerlang dengan melepasi sasaran 35 pingat emas ditetapkan untuk menamatkan edisi ke-19 itu pada tempat ketiga keseluruhan. Kejayaan mengutip 37 pingat emas, 43 perak dan 49 gangsa…










