Anggota polis maut dirempuh pemandu mabuk - Utusan Malaysia

Anggota polis maut dirempuh pemandu mabuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 Dis. – Seorang anggota polis maut manakala seorang lagi parah selepas dirempuh pemandu dipercayai mabuk dalam kejadian di Jalan Semantan, di sini awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkifly Yahya berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 3.50 pagi itu, dua mangsa terbabit bersama seorang lagi anggota sedang melakukan pemeriksaan mengejut terhadap sebuah kenderaan lain.

“Anggota yang meninggal dunia dikenal pasti sebagai Konstabel Mohd. Zamri Sinsian manakala Konstabel Osman Ibrahim mengalami pendarahan dalam kepala.

“Seorang lagi anggota, Koperal Mohd. Samsul Ishak tidak mengalami sebarang kecederaan, ketiga-tiga anggota tersebut dari Balai Polis Travers,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Zulkifly, jenazah Mohd. Zamri dibawa ke Hospital Kuala Lumpur dan Osman dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk rawatan lanjut.

Tambahnya, pemandu kereta berusia lingkungan 44 tahun dibawa ke Ibu pejabat JSPT Kuala Lumpur untuk menjalani ujian Evidential Breath Analyser (EBA). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN