Anggota polis cawangan khas maut jatuh bangunan - Utusan Malaysia

Anggota polis cawangan khas maut jatuh bangunan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Seorang anggota polis dari Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut ditemui maut awal pagi tadi selepas disyaki terjatuh dari sebuah bangunan komersial di Pulau Tikus di sini.

Mangsa, Sofian Shahari, 47, ditemui meninggal dunia di kawasan parkir sebuah hotel di bangunan sama oleh seorang pekerja hotel kira-kira pukul 4.45 pagi.

Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang dalam satu kenyataan sebentari tadi, mangsa dikatakan pergi ke sebuah pusat karoke di bangunan itu bagi meraikan hari jadi seorang anggota polis lain.

“Bagaimanapun tidak dapat dipastikan lagi sama ada dia terjatuh dari tingkat dua atau empat memandangkan beg dan selipar sebelah kirinya ditemui di tingkat dua, manakala turut ditemui kesan koyakan langsir di tingkat empat,” katanya.

Menurut Che Zaimani, pihaknya menklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×