Alami kehebatan LED Onyx di GSC Mid Valley - Utusan Malaysia

Alami kehebatan LED Onyx di GSC Mid Valley

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pusat membeli-belah Mid Valley mempunyai pelbagai tarikan dan bukan sahaja sekadar tempat membeli-belah sebaliknya merupakan syurga fesyen, tempat makan, tempat hiburan keluarga serta kanak-kanak dalam satu bumbung.

Anda tidak perlu risau untuk ke sana  jika menggunakan pengangkutan awam, kerana Mid Valley menyediakan bas percuma dari stesen LRT Bangsar dan pusat beli- belah itu turut mempunyai stesen komuter sendiri iaitu Stesen Mid Valley yang terus dapat akses ke bangunan mall.

Bagi yang berkereta seisi keluarga pula, tiada yang dibimbangkan kerana Mid Valley mempunyai hampir 11,000 tempat letak kereta termasuk perkhidmatan valet. Jom apa lagi.

Setelah penat berjalan apabila Mid Valley mempunyai hampir 430 buah kedai dan menjamu selera dengan pilihan pelbagai menu menarik, apa salahnya merehatkan minda dengan melayari sesuatu yang menarik di pawagan terkenal di situ iaitu GSC di aras 3.

Cuti sekolah sudah hampir ke penghujung, apa kata bawa seisi keluarga merasai kecanggihan layar perak yang paling terkini di negara ini di Hall 11, GSC Mid Valley di Kuala Lumpur.

Sudah tentu ada terfikir apa yang canggih sangat di situ berbeza dengan tempat lain, sudah tentulah dengan  skrin pawagan LED pertama di Malaysia, Samsung Onyx dengan resolusi Ultra HD4K.

Samsung Onyx
GSC turut menaik taraf kerusi baharu untuk memberikan lebih keselesaaan kepada penonton.

 

Apakah itu, sistem Onyx? Sistem itu dapat meningkatkan paparan yang lebih terperinci serta imej yang lebih tajam, dan dalam waktu yang sama ia mengimbangi ketepatan warna secara optimum untuk pelbagai warna walaupun pada kecerahan paling tinggi atau mendekati paras tertinggi.

Di Hall 11 itu, mempunyai saiz skrin, 11.57 meter atau lebar 10.3 meter dan tinggi 5.4 meter dengan layar peraknya sepenuhnya, Digital Cinema Initiatives (DCI)-compliant High Dynamic Range (HDR) dengan paparan teater yang pertama di dunia.

Keseragaman kandungan memberikan penonton pengalaman visual yang sangat terperinci yang mungkin hilang atau tersembunyi di skrin teater yang biasa (standard).

Bagi kaki wayang sudah tentunya akan merasai perbezaan yang nyata apabila menonton paparan LED Samsung Onyx itu tambahan pula ia dilengkapi teknologi audionya dihasilkan dari kerjasama Samsung Audio Lab dan JBL by Harman Professional Solution yang menggunakan pembesar suara yang dipasang di setiap sudut dewan bagi membolehkan bunyi didengari lebih meluas dan jelas.

Sistem audionya dapat didengar di setiap sudut pawagam dan tidak terhadap pada kiri dan kanan sahaja.

Lagi menarik, kehebatan Samsung Onyx di GSC tidak terhenti di situ, apabila GSC turut menaik taraf kerusi baharu yang baluti dengan eco-leather untuk memberikan lebih keselesaaan kepada penonton menikmati filem yang digemari.

Apa tunggu lagi, hanya tambahan RM3 seorang dari harga tiket biasa dapat mengalami kepuasan menonton wayang dengan pengalaman yang berbeza kerananya adalah yang pertama di negara ini.

Untuk maklumat lanjut tentang GSC, layari laman webwww.gsc.com.my atau laman sosial Facebook GSC Cinemas serta informasi lanjut mengenai skrin anda boleh layari laman produk Samsung Onyx.

#OnyxGsc

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN