Ahmad Zahid perlu adakan Perhimpunan Agung Khas - Utusan Malaysia

Ahmad Zahid perlu adakan Perhimpunan Agung Khas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 17 Dis. – Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi perlu menggunakan kuasa yang ada pada beliau selaku Presiden UMNO untuk mengadakan Perhimpunan Agung Khas dengan segera bagi menilai sama ada beliau masih mendapat sokongan dalam kalangan ahli atau tidak.

Cara tersebut dicadangkan oleh Veteran UMNO negeri ini, Tan Sri Dr. Mohd. Yussof Latiff berdasarkan Fasal 8.5.1 Perlembagaan UMNO memandangkan ia lebih berhemah dan dilihat menghormati Presiden berbanding dua lagi cara lain iaitu UMNO Bahagian mengusulkan mesyuarat perwakilan khas atau ahli Majlis Tertinggi meminta diadakan Perhimpunan Agung Khas.

“Presiden UMNO kini terpalit dengan persepsi negatif, Ahmad Zahid boleh gunakan kuasa Presiden untuk panggil Perhimpunan Agung Khas yang mesti diselesaikan dalam tempoh seminggu.

“Di situ dia (Ahmad Zahid) dapat nilai sendiri sama ada ahli secara majoriti masih menyokong beliau atau tidak, jika tidak sokong beliau perlu berehat secara terhormat,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN