Ahli Parlimen Australia letak jawatan ekoran pendedahan gadis muda - Utusan Malaysia

Ahli Parlimen Australia letak jawatan ekoran pendedahan gadis muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY 17 Dis. — Ahli Parlimen Australia, Andrew Broad menyerahkan surat perletakan jawatan hari ini selepas sebuah media mendedahkan yang beliau bertemu dengan seorang gadis menerusi sebuah laman web ketika mengikuti lawatan kerja di Hong Kong.

Timbalan Perdana Menteri, Michael McCormack yang mengesahkan menerima surat perletakan jawatan daripada Broad itu memberitahu, tindakan itu adalah susulan pendedahan yang dibuat oleh majalah New Idea selepas temubual dengan gadis yang mendakwa berjumpa dengan Broad di sebuah restoran di Hong Kong, bulan lalu.

“Saya yakin tindakan Board ini adalah tepat ekoran dakwaan yang dibuat ke atas dirinya. Board meletak jawatannya sebagai pembantu menteri kepada timbalan perdana menteri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Gadis yang berusia 20 tahun lebih muda berbanding Broad itu bagaimanapun enggan mendedahkan nama laman web tersebut.

New Idea melaporkan, gadis yang hanya dikenali sebagai Amy itu meninggalkan Broad di restoran selepas tidak menyukai tingkah lakunya. -REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×