Adik rayu cari abang kandung - Utusan Malaysia

Adik rayu cari abang kandung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM – Seorang lelaki, Ezrul Helmi Muhamad Razali, 33, hari ini merayu orang ramai membantu mencari abangnya dipercayai mengalami penyakit kemurungan yang dilaporkan hilang lima hari lalu. 

Ezrul berkata, abangnya, Effendy Muhamad Razali, 35, atau lebih mesra dengan panggilan Adam, disedari hilang selepas mendapat rawatan di Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam kira-kira pukul 10.50 pagi Ahad lalu.

“Saya bersama kakak telah membawa Effendy ke HTAJ selepas mengadu sakit perut dengan Effendy mendaftar sendiri di Unit Kecemasan hospital itu kira-kira pukul 8 pagi. 

“Bagaimanapun, selepas kira-kira dua jam menerima rawatan kami memeriksa dan dimaklumkan oleh doktor bahawa Effendy telah keluar dari bilik rawatan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini. 

Ezrul memberitahu, dia bersama ahli keluarga telah mencari Effendy di HTAJ serta menyebarkan gambar abang di masjid sekitar daerah ini namun masih menemui jalan buntu. 

Jelasnya, laporan polis telah dilakukan di Balai Polis Sabak Bernam berhubung keselamatannya. 

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai Effendy itu boleh menghubungi saya di talian 010-4006309 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN