PASIR SALAK 18 Dis. – Sebanyak 562 orang murid sekolah di kawasan Parlimen Pasir Salak menerima sumbangan keperluan persekolahan untuk sesi tahun 2019 yang akan bermula tidak lama.
Bantuan yang merangkumi 515 pakaian seragam sekolah dan 47 buah basikal disampaikan oleh Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman di Dewan Besar Pekan Rabu, Chenderung Balai dekat sini hari ini.
Bantuan di bawah program ‘Back to School’ itu memberikan makna yang besar kepada penerima yang terdiri daripada murid dari keluarga kurang berkemampuan. – UTUSAN ONLINE










