5 pencuri kerbau diberkas - Utusan Malaysia

5 pencuri kerbau diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS 8 Dis. – Malang bagi sekumpulan lima lelaki apabila cubaan mereka mencuri kerbau tumpas setelah lori yang dinaiki tersekat dalam lumpur sebelum kesemuanya diberkas orang awam dalam kejadian di Kampung Bukit Berangan, di sini semalam.

Kesemua suspek berumur 40 hingga lingkungan 60-an itu kemudian diserahkan kepada polis.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu, kelima-lima suspek telah membawa keluar tiga ekor kerbau bernilai kira-kira RM15,000 namun usaha mereka gagal setelah lori dinaiki terkandas dalam lumpur ketika cuba melarikan diri.

Dalam pada itu, pemilik kerbau itu, Ibrahim Ismail, 47, berkata, dia menyedari ternakannya dicuri setelah dimaklumkan penduduk kampung yang terdengar bunyi bising jentolak yang cuba menarik lori keluar dari lumpur.

Menurutnya, tiga kerbaunya yang setiap seekor bernilai RM5,000 dipercayai untuk dijual kepada dua pembeli dari Jerteh yang merupakan antara lima suspek ditangkap semalam.

Dalam pada itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Fazlisyam Abdul Majid mengesahkan pihaknya menerima laporan kejadian itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN