TOKYO 17 Dis. – Satu letupan dan kebakaran melanda sebuah restoran di bandar Sapporo. Lapor BBC memetik kenyataan polis sebagai berkata, seramai 42 orang cedera dalam letupan itu, salah seorang daripadanya parah. Punca letupan di daerah Toyohira itu masih belum diketahui namun beberapa laporan menyatakan ia berpunca daripada letupan gas. Sebanyak 20 jentera bomba dikerahkan ke tempat kejadian.










