34 PATI ditahan di Kuala Kedah - Utusan Malaysia

34 PATI ditahan di Kuala Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR 17 Dis. – Jabatan Imigresen Kedah menahan 34 pendatang asing tanpa izin (PATI) pelbagai warganegara dalam ‘Op Mega’ di empat lokasi berasingan di sekitar Kuala Kedah, semalam.


Pengarahnya Zuhair Jamaludin berkata operasi disertai 17 anggota imigresen dan 21 anggota polis marin yang bermula 10.30 pagi hingga 2 petang itu telah menjalankan pemeriksaan di tapak pembinaan, pelantar ikan, terminal feri dan rumah kongsi di sekitar Kuala Kedah.


“Kita telah menjalankan pemeriksaan terhadap 100 PATI pelbagai warganegara dan daripada jumlah itu 19 lelaki Myanmar, 13 lelaki Bangladesh dan dua lelaki Indonesia yang berumur antara 16 hingga 39 tahun ditahan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Zuhair berkata kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c), Seksyen 56(1)(I) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1956/63 serta Seksyen 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial atau pas kerja.


Beliau berkata kesemua mereka ditempatkan di lokap Imigresen, Bangunan Kementerian Dalam Negeri, Alor Setar untuk siasatan sebelum dihantar ke Depoh Tahanan Imigresen Belantik, Sik.- BERNAMA

 



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×