14 maut kes rompak bank - Utusan Malaysia

14 maut kes rompak bank

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRASILIA – Seramai 14 orang terbunuh dalam satu kejadian berbalas tembakan antara pihak ­polis dan sekumpulan perompak bank di sebuah bandar terpencil timur laut Brazil kelmarin, menurut pejabat gabenor negeri.

Media tempatan melaporkan enam tebusan termasuk dua remaja berumur 13 dan 14 tahun terkorban ketika ­polis mematahkan satu percubaan kumpulan penjenayah itu untuk meletupkan mesin pengeluaran wang automatik di dua buah bank di Milagres, negeri Cear.

“Berdasarkan maklumat kami, seramai 14 orang ­terbunuh termasuk lapan perompak,” kata jurucakap gabenor, Kelia Jacome.

Seramai lima perompak mati di lokasi kejadian ­sekitar pukul 2 pagi, dua lagi ketika dalam perjalanan ke hospital tempatan, manakala perompak kelapan ditembak sewaktu diburu ­polis.

Portal berita G1, memetik Datuk Bandar Milagres, Lielson Landim dalam laporannya bahawa enam mangsa yang terkorban berasal dari satu keluarga.

Mereka dijadikan tebusan selepas kumpulan perompak merampas kereta yang dinaiki keluarga itu di sebuah lebuh raya berhampiran bandar ini.

Menurut G1, kumpulan perompak itu sempat melarikan diri ­de­ngan menaiki dua buah van tanpa membawa sebarang wang rompakan. Polis berjaya ­menangkap tiga ­perompak dan masih ­memburu baki anggota ­perompak. – Reuters

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN