ALOR SETAR 18 Nov. – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P. Waytha Moorthy didakwa melakukan pembohongan apabila menggambarkan Malaysia melakukan pelanggaran hak asasi manusia yang melampau dalam temu bual di luar negara yang menjadi tular di media sosial, baru-baru ini. Justeru tegas Aktivis Semboyan 1Malaysia, Yusuf Azmi, kerajaan wajib menilai sama ada pemimpin Hindraf itu benar-benar layak untuk terus menjawat jawatan itu sebagai menteri yang menjaga perpaduan. “Saya fikir…










