KANGAR 18 Nov. – Pihak berkuasa didedak menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P. Waytha Moorthy kerana didakwa telah melakukan pembohongan besar di luar negara untuk memburuk-burukkan kerajaan Malaysia. Mufti negeri, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, kenyataan Waytha Moorthy yang dibuat menerusi satu rakaman video hasil temu bual bersama seorang wartawan, berdurasi dua minit dan 38 saat itu jelas merupakan pembohong dan…










