PASIR PUTEH 18 Nov. – Bekalan ikan sepanjang tempoh empat bulan musim tengkujuh dan laut bergelora tahun ini adalah mencukupi bagi menampung keperluan pengguna. Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Muhammad Faiz Fadzil berkata, sehingga kini kegiatan menangkap ikan masih beroperasi dalam kalangan bot laut dalam walaupun musim tengkujuh sudah bermula. Menurutnya, di Pelabuhan Tok Bali sahaja simpanan ikan sudah berjumlah 160 tan metrik tidak termasuk ikan proses sejuk beku…










