KUALA LUMPUR 25 Nov. – UMNO tetap meragui pengumuman kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk tidak meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) selagi perkara tersebut tidak dibawa ke Parlimen bagi diputuskan. Ketua Penerangannya, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, berdasarkan rekod prestasi PH terutama dengan mengambil contoh isu janji Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), apa sahaja dilihat boleh berlaku dengan keputusan kerajaan untuk tidak meratifikasi ICERD tersebut.…









