MELAKA – Keputusan Kerajaan tidak meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi (ICERD) tidak perlu dibawa ke Parlimen, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa. Beliau berkata persoalan membawa keputusan itu ke Parlimen tidak seharusnya dibangkitkan kerana ia (keputusan tersebut) telah dipersetujui pada mesyuarat kabinet semalam dan kenyataan mengenainya turut dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri. “Tempat yang terbaik bagi kerajaan buat keputusan adalah di mesyuarat kabinet,…










