SHAH ALAM 18 Nov. – Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengambil alih jawatan Presiden PKR secara sah hari ini menegaskan yang beliau akan memimpin parti itu secara tegas.
Anwar yang mengasaskan PKR 20 tahun lalu berkata, beliau tidak mahu mempedulikan jika ada ahli atau pemimpin tidak senang dengan ketegasan tersebut kerana disiplin parti perlu ditegakkan.
Beliau seterusnya berkata, mana-mana pemimpin atau ahli yang gagal mematuhi disiplin parti akan ditendang keluar kerana beliau tidak mahu PKR dirosakkan.
“Jika ada pemimpin parti hari ini menang kerana sogokan, kerana projek, mereka ini tidak layak jadi pemimpin, kadang mereka ini bila ada jawatan lupa kepada ahli yang banyak berkorban.
“Saya tegaskan kita kena bawa semangat perpaduan, buka jika ada peluang sindir. Saya nak selesaikan masalah disiplin ini,” katanya dalam ucapan sulung sebagai Presiden dalam Kongres Nasional PKR di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE










