SUBANG – Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebar atau membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya awal pagi ini. Setiausaha Politik Perdana Menteri, Abu Bakar Yahya berkata, penyebaran maklumat tidak berasas berhubung perkara itu hanya akan menambahkan kekeliruan serta salah faham dalam kalangan rakyat. “Saya harap semua pihak tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih apatah lagi membuat sebarang provokasi berhubung…










