Pulangkan tanah rakyat - Mohd. Shafie - Utusan Malaysia

Pulangkan tanah rakyat – Mohd. Shafie

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA MARUDU 18 Nov. – Kerajaan negeri komited untuk mengkaji semula isu pengambilan tanah adat oleh agensi tertentu daripada penduduk setempat di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, langkah itu bagi melihat kaedah penyelesaian terbaik tentang permasalahan tersebut selain berusaha untuk mengembalikan semula tanah berkenaan kepada pemilik asal.

“Saya telah meminta Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur negeri untuk mengkaji semula keadaan ini dengan melibatkan semua agensi termasuk Lembaga Perhutanan Negeri Sabah (Safoda), Sawit Kinabalu Sdn. Bhd. dan Begaraya Sdn. Bhd agar isu ini dapat diselesaikan segera.

“Kita tidak mahu hanya untuk menjana pendapatan kepada agensi kerajaan sehingga mengetepikan hak dan nasib rakyat. Oleh itu, kita tidak mahu agensi kaya tetapi rakyat miskin dan tindakan ini membolehkan kita ambil tindakan untuk kaji semula dan bagi kepadda penduduk kampung,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melakukan lawatan dan tinjauan projek agropolitan di Kampung Gana, dekat sini.

Terdahulu beliau turut meluangkan masa kira-kira tiga jam hadir beramah mesra dengan penduduk setempat dalam majlis Hari Bersama Ketua Menteri Sabah Peringkat Daerah Kota Marudu.

Yang turut hadir Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Ewon Benedick dan Pegawai Daerah Kota Marudu, Arnold Joibi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN