TEMERLOH 25 Nov. – Bekas bekam, pasir makam, rambut dan janggut adalah antara artifak berharga yang dipertontonkan kepada pengunjung sempena Pameran Artifak Rasulullah SAW dan Para Sahabat di Masjid Kampung Kuala Tekal, di sini hari ini. Hampir 2,000 pengunjung berpeluang melihat sendiri artifak peninggalan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dalam pameran yang dijayakan melalui usaha sama antara Dragon Heart Sdn. Bhd. dengan kerajaan negeri itu. Pameran ini juga untuk memberi pendidikan dan…










