Minta dihantar ke Hospital Bahagia - Utusan Malaysia

Minta dihantar ke Hospital Bahagia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMPANG – Mahkamah Sesyen di sini meme­rintahkan seorang lelaki digelar Boy Tiger yang dituduh menyebabkan kematian anak lelaki tirinya dua minggu lalu dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak bagi menjalani rawatan psikiatri.

Hakim Azrul Darus memutuskan demikian selepas tertuduh, Khairul Izaini Khairuddin, 31, memohon untuk menjalani rawatan di hospital itu dengan mendakwa dirinya mempunyai masalah mental sejurus dua pertuduhan melakukan penderaan dibacakan terhadapnya.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa sebagai orang yang mempunyai penjagaan ke atas Muhammad Qairil Aqmal Abdul Hakim ber­usia tiga tahun empat bulan didapati telah melakukan penderaan terhadap kanak-kanak tersebut.

Kedua-dua kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Lorong Permai 2, Kampung Indah Permai dan sebuah rumah di Taman Ampang Saujana, Jalan Persiaran Saujana di sini antara Ogos 2017 hingga November lalu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN