KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan, Maszlee Malik dilaporkan bakal melepaskan jawatannya sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam masa terdekat. Menurut pegawai khasnya, keputusan itu diambil selepas Maszlee mengambil pendapat daripada pelbagai pihak termasuk nasihat Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Katanya, perletakan jawatan oleh Maszlee itu bukannya satu paksaan. “Beliau menghormati pandangan semua pihak namun memerlukan sedikit masa dan tidak boleh melepaskan jawatan tersebut serta-merta. “Hal tersebut kerana terdapat majlis konvokesyen dan mahu melaksanakan beberapa pembaharuan dalam pentadbiran UIAM seperti dikatakannya sebelum ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online hari ini. Terdahulu, Mahathir…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya