Kongres AS tangguh dedah fail Epstein 

Kongres AS tangguh dedah fail Epstein 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS), Mike Johnson, mengumumkan penangguhan awal sidang dewan, sekali gus melambatkan usaha untuk memaksa pendedahan dokumen berkaitan tokoh kewangan kontroversi, Jeffrey Epstein.

Langkah itu menangguhkan undian penting mengenai isu tersebut sehingga September, di tengah tekanan bipartisan yang semakin meningkat untuk menuntut ketelusan berhubung kes Epstein.

Sebelum sidang ditangguhkan, sebuah jawatankuasa utama meluluskan undian untuk mengemukakan sepina kepada bekas teman wanita dan rakan perniagaan Epstein, Ghislaine Maxwell, supaya memberi keterangan secara rasmi di hadapan Kongres.

Desakan untuk menyahklasifikasikan fail berkaitan Epstein semakin kuat, termasuk daripada penyokong Presiden Donald Trump yang mahu lebih banyak maklumat didedahkan kepada umum.

Kelmarin, Jabatan Kehakiman AS dilaporkan meminta satu pertemuan dengan Maxwell.

Pasukan guaman Maxwell memaklumkan kepada BBC, mereka kini sedang berbincang dengan kerajaan AS dan menegaskan anak guamnya bersedia memberi keterangan secara telus.

Perkembangan itu berlaku ketika tekanan daripada Demokrat dan Republikan memuncak di Capitol Hill, supaya Dewan Perwakilan mengundi untuk mendedahkan fail berkaitan Epstein dalam tempoh 30 hari.

Namun, Johnson mengumumkan tindakan mengejut dengan menangguhkan sidang sehari lebih awal daripada jadual asal pada Selasa.

Dewan dijangka bersidang semula pada September selepas cuti musim panas tamat.

Johnson mempertahankan tindakannya dengan menuduh parti Demokrat sengaja bermain politik.

“Kami sudah muak dipersalahkan dalam soal ketelusan,” kata ahli Kongres Republikan itu.

Langkah menangguhkan undian itu dilihat sebagai usaha Johnson untuk meredakan ketegangan dalaman Republikan berhubung cara terbaik mengendalikan pendedahan maklumat berkaitan kes kontroversi tersebut.- BBC

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN