PORT MORESBY, Papua New Guinea, 18 Nov. – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Majlis Presiden PH akan menentukan calon pakatan itu bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau di Negeri Sembilan. Beliau berkata, isu parti mana yang akan meletakkan calon tidak perlu wujud kerana yang penting adalah calon itu nanti akan mewakili gabungan empat parti komponen PH. “Yang akan bertanding ialah calon Pakatan…










