SHAH ALAM 18 Nov. – Bunyi boo bergema dalam dewan Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini sebentar, tempat Kongres Nasional PKR Ke-13 diadakan, sewaktu Ahli Parlimen Julau, Larry Sng, menerima watikah sebagai Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR.

Bunyi boo itu dibuat oleh sebahagian daripada 2,000 perwakilan kepada beliau, dipercayai akibat kontroversi Pemilihan PKR di Cabang Julau, Sarawak susulan pertambahan mendadak ahli di Cabang tersebut daripada 600 ahli kepada 13,000 ahli dalam tempoh singkat.
Pertambahan ahli itu didakwa akan memberi kemenangan kepada calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli untuk menyaingi penyandang Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.-UTUSAN ONLINE










