JAKARTA 12 Nov. – Indonesia akan mengeluarkan laporan awal mengenai siasatan terhadap nahas pesawat Lion Air JT610 yang memgorbankan kesemua 189 penumpang pada 28 atau 29 November ini. Ketua Suruhanjaya Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Indonesia (KNKT), Soerjanto Tjahjono berkata, laporan itu akan dikeluarkan sebulan selepas nahas berlaku dan akan menyiarkannya dalam internet. KNKT sehingga kini masih mencari perakam suara kokpit (CVR) pesawat tersebut. – REUTERS










