SUBANG JAYA 27 Nov. – Kuil Sri Maha Mariamman dekat USJ 25 di sini, yang menjadi tumpuan ekoran insiden kekecohan sejak awal pagi Isnin, tidak akan dirobohkan sehingga satu penyelesaian dicapai, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy. Katanya, satu perbincangan telah diadakan bersama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, pagi ini dan beliau (Dr Mahathir) telah menyatakan kebimbangan mengenai insiden kekecohan itu. “Perdana Menteri juga telah menyatakan…










