JOHOR BAHRU 24 Nov. – Kerjaya ibunya sebagai jururawat selama lebih 20 tahun menjadi pendorong bagi Ayu Jasmin Jaffri, 21, mengikuti jurusan Diploma Kejururawatan di Institut Sains dan Teknologi Darul Takzim (Instedt). Dengan usaha gigihnya, Ayu Jasmin dipilih menerima Anugerah Pengerusi Eksekutif dalam Istiadat Konvokesyen Instedt Ke-13 di sini hari ini. Ayu Jasmin yang menetap di Pasir Gudang berkata, ibunya, Hafizah Abd. Malek, 46, merupakan sumber inspirasi baginya memandangkan dia…










