Jawatan Ketua Umum PKR dimansuh - Anwar - Utusan Malaysia

Jawatan Ketua Umum PKR dimansuh – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Jawatan Ketua Umum PKR dimansuhkan berikutan pemilihan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Presiden parti itu bagi penggal 2018-2021.

Perkara itu disahkan oleh Anwar sendiri yang menyatakan bahawa pewujudan jawatan itu adalah hasil resolusi kongres tahunan parti pada tahun 2007 kerana beliau tidak boleh menjadi Presiden parti pada ketika itu. 

“Ia bukan (jawatan dalam) perlembagaan, ia diwujudkan khas untuk saya yang ketika itu tidak boleh memegang sebarang jawatan.

“Sekarang yang ada hanya Majlis Penasihat parti yang diketuai oleh Azizah (Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail),” katanya pada sidang akhbar selepas tamatnya Kongres Nasional PKR Ke-13 di sini hari ini. 

Kongres Nasional PKR 2007 yang berlangsung di Seremban, Negeri Sembilan meluluskan cadangan mewujudkan jawatan Ketua Umum PKR khusus untuk Anwar, yang ketika itu baru dibebaskan dan disekat menyertai politik selama lima tahun. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN