BAITULMUQADDIS 25 Nov. – Polis Isreal menahan Gabenor Baitulmuqaddis buat kali kedua berhubung kes berkaitan penjualan tanah. Adnan Gheith ditahan di timur Baitulmuqaddis semalam, menurut jurucakap polis Israel, Micky Rosenfeld menerusi satu kenyataan tanpa memberikan butiran lanjut. Adnan dijangka dihadapkan ke mahkamah majistret dalam tempoh terdekat dan butiran lanjut mengenai kes tersebut akan didedahkan oleh pihak berkuasa israel. – AFP










