KUALA LUMPUR 13 Nov. – Hospital Kuala Lumpur (HKL) mencipta nama dalam Malaysia Book of Records (MBOR) apabila mencatatkan penyertaan paling ramai bagi program Hand Sanitizing Relay. Progam membersihkan tangan secara bergilir-gilir itu melibatkan penyertaan seramai 3,559 kakitangan dan pelajar perubatan hospital berkenaan. Pengarah HKL, Dr. Heric Corray berkata, program itu bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan menjaga kebersihan diri selain mempromosi kepatuhan kepada aspek penjagaan kebersihan tangan dalam…










