KUCHING 25 Nov. – Gloria Jeans Coffee (GJC) memberikan 25 peratus potongan pada ‘Hari GJ’ yang dibuat setiap 25 haribulan di cawangan-cawangan di seluruh negara.
Menurut Ketua Transformasi dan Pemasaran Wonderful Lifestyle Sdn. Bhd. , selain potongan tersebut terdapat promosi minuman krismas iaitu ‘Star Sparkles dan ‘Candy Cane’ serta ‘Magical Maple Moments’.
“Kita membuat pembentangan teori dan teknik merasai kopi di sini dengan menilai ciri-cirinya melalui aroma, perasa dan lain-lain.
“Sesi mencuba kopi ini berjaya memikat hati mereka dengan rasa aroma kopi yang segar,” katanya selepas
Yang turut hadir, wakil pemilik cawangan GSC Plaza Merdeka, Putera Farrick Nizam, Rakan Francais GSC, Mohd. Shazreen Mohamad Bahaman dan Pengurus Cawangan The White Barouk, Muhammad Azam Mohamad Azaiddin.
Hadir sama, Pengarah Urusan Plaza Merdeka, Datuk Steve Ng dan isteri, Datin Anriza Cordero.
Terdahulu, wakil pemilik cawangan GSC Plaza Merdeka, Putera Farrick Nizam bersama Rakan Francais GSC, Mohd. Shazreen Mohamad Bahaman dan Pengurus Cawangan The White Barouk, Muhammad Azam Mohamad Azaiddin menyerahkan kopi kepada beberapa pengusaha perahu penambang di Sungai Sarawak.
Mereka menerima sumbangan daripada GSC selama setahun yang diperolehi menerusi jualan kopi oleh pelanggan.
Wonderful Lifestyle merupakan anak syarikat milik penuh Malaysia International Franchise (MyFranchise) Sdn. Bhd., cabang pelaburan francais Perbadanan Nasional Bhd. (PNS). – UTUSAN ONLINE










