SHAH ALAM – Presiden baharu Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal bergandingan dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali selaku Timbalan Presiden dalam mengukuhkan parti tersebut bagi sesi 2018-2021.
Anwar dilantik sebagai Presiden baharu selepas menang tanpa bertanding dalam Pemilihan Majlis Pimpinan Tertinggi PKR 2018 manakala Azmin berjaya menewaskan mantan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.
Pengumuman tersebut dilakukan oleh Presiden Jawatankuasa Pemilihan Pusat, Datuk Rashid Din pada Kongres Nasional PKR hari ini.
Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar pula dilantik sebagai Naib Presiden PKR bersama Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin; Menteri Sumber Asli, Tanah dan Galian, A. Xavier Jayakumar dan Tian Chua.
Jawatan Pengerusi Tetap PKR disandang Ahmad Kassim dan akan dibantu oleh Timbalan Pengerusi Tetap, Othman Karim. – K! ONLINE










