Filem Polis Evo 2 tidak hina Islam - Utusan Malaysia

Filem Polis Evo 2 tidak hina Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulkifli Moha­mad Al-Bakri mengesahkan filem aksi Polis Evo 2 tidak me­ngandungi sebarang mesej menghina agama Islam.

Menerusi satu kenya­taan yang dimuat naik di laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, beliau menjelaskan, filem terbitan Astro Shaw tersebut hanya memfokuskan kepada terhadap fahaman fanatik sesat yang boleh memberi ancaman kepada negara.

“Watak Hafsyam lakonan Hasnul Rahmat tidak mencerminkan dirinya sebagai seorang pengganas atas nama Islam secara mutlak.

“Hal ini kerana tidak ada dialog atau babak klise yang menggambarkan dia sebagai pengganas atas nama agama seperti bertakbir dan menggunakan apa-apa ayat al-Quran atau hadis,” katanya.

Dalam pada itu, Zul­kifli turut mencadangkan supaya mana-mana pihak produksi agar melantik pakar agama sebelum menghasilkan karya bertemakan Islam.

“Bagi mengelakkan sebarang isu sensitif, saya cadangkan supaya pihak penerbit melantik konsultan syariah bagi mengelakkan isu sensitif melibatkan agama.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN