SEJAK Faralyna Idris mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihannya lima tahun lalu, boleh dikatakan amat jarang kelibatnya terlihat mewarnai dunia hiburan. Sehinggakan timbul dakwaan rambang bahawa dia bulat dengan keputusan berhenti dari dunia lakonan kerana mahu memberi tumpuan kepada keluarga. Tidak menolak ia merupakan satu alasan yang kuat, pelakon ini bagaimanapun mengaku tidak pernah berniat untuk membuang terus minatnya dalam bidang seni lakon. Malah tuduhan dia tiada tawaran berlakon juga…










