F1 minat kembalikan saingan GP Belanda - Utusan Malaysia

F1 minat kembalikan saingan GP Belanda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Pengarah Operasi Komersial Formula Satu (F1), Sean Bratches mengesahkan terdapat potensi besar Grand Prix (GP) Belanda kembali dalam kalendar perlumbaan pa­ling berprestij dunia itu setelah Liberty Media mahu sekurang-kurang­nya 25 perlumbaan pada satu musim.

Terdahulu, GP Vietnam bakal dimasukkan ke dalam kalendar bagi musim 2020, namun ramai me­ramalkan lokasi perlumbaan tersebut akan kurang mendapat sambutan dan bakal di­singkirkan bagi memberi ruang kepada perlumbaan lebih bernilai komersial.

Disebabkan kebangkitan pelumba Red Bull, Max Verstappen pada musim ini yang secara tidak langsung telah melonjakkan popularitinya, maka peluang untuk F1 kembali bersaing di Belanda dilihat menjadi lebih realiti.

“Kami sangat berminat untuk kembali berlumba di Belanda. Kami memiliki perbincangan produktif mengenainya dan saya sangat optimistik dengan peluang yang boleh dimanfaatkan disebabkan oleh faktor Verstappen.

Sementara itu, pengarah perlumbaan Persekutuan Automobil Antara­bangsa (FIA), Charlie Whi­ting turut senada de­ngan Bratches apabila mengakui kagum dengan Litar Zandvoort yang hanya memerlukan sedikit perubahan bagi menyesuaikannya dengan standard F1.

“Terdapat potensi besar di sana. Pengurusan litar terbabit akan kembali menemui kami untuk membentangkan beberapa saranan. Kami akan lihat dari sudut ke­selamatan litar dan bukan sudut komersial sebelum mengesahkan pene­rimaan,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN