MARANG 23 Nov. – “Dia tak berhak bercakap tentang orang Islam dan tidak perlu ajar orang Islam. Orang Islam lebih reti daripada dia. Sepatutnya orang Islam yang sama dengan dia mengajar dia, ini tidak, dia pula yang nak ajar orang Islam dalam Pakatan Harapan.’’ Itulah kenyataan tegas Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menganggap Penasihat DAP, Lim Kit Siang cuba berlagak pandai apabila membuat rumusan mengenai negara Islam…










