JOHOR BAHRU 18 Nov. – Polis menemui cebisan rangka manusia dipercayai milik seorang lelaki tempatan yang dibunuh pada Julai lalu di sebuah kebun sawit di Tangkak kelmarin. Cebisan rangka berkenaan ditemukan bersama-sama pakaian kira-kira pukul 10 pagi dalam keadaan berselerak. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Senior Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim berkata, penemuan itu berikutan kejayaan polis Kulai menangkap seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun pada 16 November lalu kerana disyaki…










