Cadangan untuk wujudkan 'pembantu guru' akan diteruskan - Utusan Malaysia

Cadangan untuk wujudkan ‘pembantu guru’ akan diteruskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT – Kementerian Pendidikan akan meneruskan cadangan untuk mewujudkan jawatan baharu yang dikenali sebagai ‘pembantu guru’ berperanan membantu guru-guru di negara ini melaksanakan kerja pentadbiran.

Menterinya, Dr. Maszlee Malik berkata, sekarang ini, guru-guru terbeban dengan kerja sampingan berkenaan dan mengganggu mereka melakukan tugasan hakiki untuk mengajar di sekolah masing-masing.

Katanya, pihaknya akan berbincang dengan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) bagi membincangkan perlaksanaan dan tugasan pembantu guru ini.

“Pihak kementerian akan bertemu dengan NUTP dalam masa terdekat ini bagi membincangkan masalah (bebanan) guru yang terpaksa melakukan tugasan yang bukan sepatutnya.

“Ada sesetengah guru yang terpaksa mengisi pelbagai jenis borang yang semua ini sebenarnya merupakan kerja di bahagian pentadbiran dan dalam masa yang sama kami juga akan cuba mengurangkan jenis borang yang perlu diisi oleh para guru ini,” katanya pada Majlis Pertemuan Dengan Warga Pendidik Daerah Kluang, di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), di sini, petang ini. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN