KUALA LUMPUR 21 Nov. – Seorang lelaki yang dikenali sebagai ‘Boy Tiger’ akan didakwa di Mahkamah Ampang, Selangor esok kerana terlibat dalam kes penderaan anak tirinya berusia tiga tahun sehingga maut pada 8 November lalu. Suspek, Khairul Izaini Khairuddin, 31, akan dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, suspek juga akan dituduh di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. “Isterinya dan juga ibu kandung kanak-kanak malang itu akan dibebaskan dengan bon dan dijadikan saksi,” katanya, di sini…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya