BANDAR RAYA GUATEMALA – Sebuah mahkamah Guatemala kelmarin menjatuhkan hukuman penjara selama 5,160 tahun ke atas seorang bekas tentera kerana melakukan pembunuhan besar-besaran terhadap 201 orang petani dalam salah satu kekejaman terburuk semasa perang saudara di Amerika Tengah. Mahkamah mendapati Santos Lopez ‘bertanggungjawab sebagai dalang’ kepada 171 pembunuhan dengan hukuman penjara selama 30 tahun bagi setiap kesalahan, atau 5,130 tahun secara keseluruhan. Dia turut menerima tambahan selama 30 tahun yang…










