BANJIR kilat elok dijadikan salah satu tarikan pelancong di Kuala Lumpur. Ini kerana ada pelancong yang tidak pernah melihat kereta menjadi kapal selam di tengah-tengah bandar raya ‘negara maju’ pada 2020, boleh melihatnya di Kuala Lumpur. Masukkan banjir kilat di Kuala Lumpur dalam kalendar pelancongan bertujuan supaya keunikan bandar raya ini boleh dinikmati oleh pelancong luar negara atau luar Kuala Lumpur. Cadangan ini tidak pelik berbanding lebih peliknya pihak berkuasa…










