KUCHING 11 Nov. – Keputusan tidak rasmi tujuh lagi cabang PKR di Sarawak yang mengundi hari ini menyaksikan calon Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memenangi kesemuanya sebentar tadi. Proses pengundian tersebut yang bermula dari pukul 9 pagi tadi sehingga 4 petang tadi menyaksikan Azmin mendapat 1,162 undi mendahului Rafizi Ramli dengan 377 undi. Tujuh cabang itu ialah Petra Jaya dengan 1,508 ahli, Sibu (2,458 ahli), Santubong (1,949…










