NORTH CAROLINA 20 Nov. – Sebuah sekolah di sini dilaporkan mencatat kes penularan demam campak terbesar di Amerika Syarikat (AS) dalam tempoh beberapa dekad lalu. BBC melaporkan, seramai 36 murid di Sekolah Rendah Asheville Waldorf disahkan menghidap demam campak dan sebahagian daripada komuniti di sekolah berkenaan merupakan golongan anti vaksin. Golongan pelajar di sekolah tersebut dibenarkan tidak mengambil suntikan vaksin atas sebab-sebab ajaran agama. Sektor perubatan AS sebelum ini menegaskan…










